[35 Hari Lagi]: Bedah Penulisan Anda
Pagi tadi saya telah share dalam FB Live Sarapan Ilmu, mengenai “S” yang perlu ada dalam diri kita. S yang bukan saja membantu anda untuk berjaya dalam menghabiskan Master / Phd , tetapi juga boleh memperbaiki pengurusan masa dalam kehidupan seharian.
Merancang Impian atau Angan-angan ?
Impian perlu direalisasikan TETAPI Angan-angan tak perlu tindakan.
Boleh Faham dengan apa penyataan di atas? Saya amat yakin, tak ramai pun yang membuat kiraan bahawa kita hanya tinggal 35 hari lagi untulk meninggalkan tahun 2021.
Ada 2 perkara dalam Angka 35 yang perlu anda lihat.
1. 35 hari lagi bersamaan 5 minggu lagi. Tapi apa yang anda telah capai? Berapa list keazaman yang telah anda set pada awal tahun 2021, dan berapa yang telah tercapai ?
Ambik contoh yang paling simple..bagi wanita, mesti akan jadi azam yang wajib dimasukkan dalam list setiap tahun.
“Aku nak Kuruskan “
Persoalannya, matlamat anda jelas atau tidak ? Kurus tu subjektif. Dah tercapai ke belum ? Apa yang anda lakukan dan telah lakukan ?
Dalam maksud sebenar.. BEDAH SIASAT dan hasil BEDAH SIASAT diperlukan.
2. Setting Azam tahun 2022. Berapa banyak list yang ada dah sediakan utk azam tahun 2022 ? 10 ? 20?
Lihat kemampuan diri sendiri. Semuanya memerlukan pengurusan masa yang betul.
Tak perlu set azam yang panjang. Cukup 1 atau 2. Baru anda akan nampak mudah untuk uruskan masa.Setelah selesai dan tercapai , barulah tambah azam baru.
Apa Usaha Anda Setakat Ini ?
Saya dah kongsikan perkataan “BEDAH SIASAT” sebelum ini. Ini sangat penting sekali. Hasil bedahsiasat itulah akan membantu anda untuk merancang dan memperbaiki perancangan anda.
Anda perlu mempunyai kemahiran sebagai seorang” Project Manager” .
Tugas sebagai project manager sangat-sangat penting.
1. Kenalpasti Objektif
Kenalpasti objektif adalah umpama melihat apa yang ingin dicapai. Short term dan Long Term.
Saya ambik contoh, Objektif adalah untuk menerbitkan 3 artikel dalam masa 1 tahun. Realistik atau tidak ? Realistik atau tidak adalah bergantung pada Fasa seterusnya yang akan saya huraikan.
2. Resources / Tool
Bagi mencapai Objektif diatas, anda harus tahu tool dan resources yang “DIPERLUKAN” sahaja. Perlukah anda mempelajari Atlas.ti, SPSS, SLR dan semua Tool yang “biasa” digunakan untuk menghasilkan penulisan artikel yang baik di Sem 1?
Kelas Kuali pun join..Kelas Kuanti pun join.
Jika tidak diuruskan dengan baik, percayalah. Semua kelas akan anda hadiri dengan harapan
” Belajar dulu.. nanti SENANG sebab dah tau. “.
Persoalannya, Bila nak guna ? Bertambah pening kepala.
JAWAPAN saya : BELAJAR apa yang perlu pada waktu dan masa itu.
3. Plan and Review
Fasa yang sangat-sangat penting. Biasanya kita merancang tapi tidak melihat kembali perancangan atau progress. Sangat-sangat perlu.
Lihat kembali apa yang ada dah lakukan setiap 2 minggu . Adakah masih diatas landasan atau dah nampak tergelincir sedikit ? Anda masih sempat kembali ke atas landasan.
Apa akan jadi jika dah 6 bulan baru nak menyemak kembali perancangan anda. Kalau dah tergelincir jauh, memang akan tercungap-cungaplah untuk anda ke landasan asal.
Banyak “kerugian” yang perlu anda tanggung. Penat dan sia-sia.
Berapa ramai yang mempunyai Objective Plan seperti dibawah ? Ini adalah Landasan Anda.
4. Plan A vs Plan B
Plan A vs Plan B hanya boleh anda hasilkan apabila anda tahu ” Rahsia Rancangan Penulisan“. Saya banyak kongsikan RRP ni dalam program Mudahnya Master Phd ( MMP ) dan juga Advanced Writting Techniques ( AWT ). dalam 2 kelas ini, anda akan lihat sinar baru dalam mencapai objektif penulisan.
Tapi sinar ini hanya dapat digilap apabila ada tindakan dari diri anda.
Boleh rujuk di FAS Academia