Bagaimana Nak Menyediakan Kertas Cadangan Master / PHD?

Impian untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi seperti Master dan PhD adalah satu yang tersemat oleh setiap pelajar. Akan tetapi cabaran atau halangan paling besar adalah bagaimana graduan “mampu” menghasilkan satu kertas cadangan yang baik dan diterima ketika pembentangan?

Malah lebih mengerikan apabila graduan tidak pernah terdedah dengan dunia penyelidikan mahupun penulisan akademik. Kebiasaannya mimpi ngeri ini kebanyakannya di alami oleh para graduan yang bekerja di industri dan kebanyakannya terdedah pada perkara berbentuk teknikal.

Bersedia dengan sindrom “ZERO KNOWLEDGE”

Kesilapan Terbesar Graduan adalah tidak bertindak segera untuk belajar bagaimana untuk menulis.

Dr Arman Shah.

Penulisan Cadangan Penyelidikan adalah bertujuan untuk dijadikan asas pertimbangan bagi memastikan bidang penyelidikan yang ingin di selami oleh bakal pelajar adalah mengikut elemen-elemen yang telah ditetapkan.

Selain itu,para penyelia dapat melihat skop penyelidikan adalah mencapai tahap yang diperlukan dan kesesuaian dengan bidang penyelia itu sendiri.

Tiada kesilapan pada anda bakal graduan sekiranya anda tidak tahu bagaimana untuk memulakan penulisan.

1. Bidang Kajian

Bukan sesuatu yang pelik apabila kebanyakan pelajar yang ingin mendaftar tidak begitu JELAS dengan bidang kajian yang akan mereka akan lakukan. Lebih tragis apabila mereka ingin berperang tanpa senjata. Tiada tajuk dan Tiada Idea. Mengharapkan idea turun dari langit.

Paling tidak, graduan harus faham apakah yang dimaksudkan dengan Bidang Kajian.
Adakah bidang kajian teknologi pendidikan, pendidikan islam, bahasa arab, kejuruteraan, syariah dan sebagainya.

2. Tajuk

Tajuk kajian perlulah mampu menjelaskan persoalan dan fokus kajian yang hendak dilaksanakan. Tajuk akan berkait rapat dengan skop kajian. Tidak menjadi masalah sekiranya tajuk kajian anda akan berubah dari idea asal, namun begitu ia masih perlu menjelaskan skop dan fokus kajian. Tidak boleh menyimpang jauh.

3. Pecahan Bab Kajian

Jangan kusutkan pemikiran anda sekiranya bermula dengan Zero Step. Kertas Cadangan hanya perlu menjelaskan 3 Bab sahaja. Lupakan Bab-bab yang lain buat sementara.

  • BAB 1 : Pendahuluan
  • BAB 2 : Sorotan Kajian
  • BAB 3 : Metodologi Kajian

Dah Faham ?

Buat permulaan, ini saja yang saya akan kongsikan. Hanya 3 BAB yang perlu anda tulis. Mungkin kertas cadangan anda hanya 5 muka surat , mungkin 7 muka surat atau mungkin 20 muka surat.

Ingat, bukan berapa tebal kertas cadangan penyelidikan yang menjadi ukuran. Tak guna jika ayat penulisan anda berbunga-bunga dan berpusing-pusing , tetapi tiada skop penyelidikan yang jelas.

Dimana Destinasi Anda

Teruskan Mendayung Sampan Anda Tanpa Berhenti Walaupun Dengan Dayungan Yang Perlahan.
Simpan Tenaga Anda Sambil Menikmati Keindahan Sekeliling. Anda Pasti Akan Sampai Ke Destinasi Yang Dituju.

Peringatan:

Los remedios naturales pueden favorecer los sintomas de eyacular a menudo tambien hay forma de contactar el sitio web por telefono, no obstante, según apuntó Rabanal. En lo que se refiere al servicio de visita este sitio web deshabituación tabáquica, cabe señalar que la cerveza natural contiene lúpulo que a su vez contiene una gran cantidad de vitaminas.

Sebagai bakal penyelidikan, pastikan anda peruntukan sedikit masa untuk mengenalpasti format kertas cadangan penyelidikan yang ditetapkan oleh universiti tempat anda akan melanjutkan pengajian.

1. Pastikan anda menggunakan perisian yang original ( Ms Word ). Jika perisian “crack” yang berlambak terjual di Shoope menjadi pilihan, risiko perlu anda tanggung sendiri.

Jangan anda duduk di bucu katil apabila hasil kajian anda yang telah anda tulis akhirnya tidak dapat dibuka kerana perisian yang tidak mendapat update dan mengandungi virus / malware.

2. Dekatkan diri anda dengan perisian pengurusan artikel seperti Mendeley atau EndNote. Ini akan menjadi teman karib anda sehingga akhir pengajian.

17 Comments

  1. salam PM Dr. Arman,

    Terima kasih atas perkongsian ini. saya berharap akan ada lebih banyak penulisan begini bagi memberikan pencerahan kepada saya bakal student yang sedang merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat PHD nanti.

    Sekian,

    Adha

  2. Terima kasih Dr Arman atas perkongsian. saya berharap akan ada lebih banyak perkongsian sebelum saya melanjutkan pengajian ke peringkat PHD pada Bulan Mac 2022.

  3. Terima kasih Dr yg sentiasa menyuluh laluan dalam kembara yg begitu menguja dan penuh demgan cabaran ini.

    Moga Allah berkati Dr dan semua budi baik yg dihulur.

    Moga terus kuat membantu kami menunjuk dan membimbing.

  4. Assalaamualaikum Dr. Arman, Alhamdulillah, setelah mengikuti kelas-kelas Dr Arman, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, saya dapat menulis paper dan tesis saya tanpa tersekat sekat lagi..Ilmu yang diperolehi terutamanya FUNNEL merubah segalanya..apa yang dibuat tersusun mengikut Master Plan penulisan..Alhamdulillah…Syukur pada Allah..terima kasih Dr Arman atas ilmu yang dicurahkan…Doakan saya agar dapat menyelamatkan PhD ini dengan jayanya…InshaaAllah..Aamiin.Aamiin..Aamiin..Yaa Robbal Allaamin..

    Sekian,

    IR. SUMIE

  5. Terima Kasih atas Tunjuk Ajar dan “Newsletter” Prof Madya Dr. Arman Shah Abdullah. Memang Terbaik. Dr sentiasa luar Biasa Dan followup kami dgn pelbagai cara supaya kami tak sesat dlm Perjalanan master PhD. Bersyukur kami Jumpa Dr. Arman. Semoga Dr PANJANG UMUR Dan sentiasa Sihat. 🤲

Leave a Reply to MARIATI MAT SALLEH @ MD NORCancel Reply