Berapa Nilai Komputer Untuk Menulis Tesis Master / Phd

Saya ternampak satu posting FB baru-baru ini mengenai harga sebuah komputer yang dijual pada tahun 1970 an.

Spesifikasi yang sangat rendah tetapi bernilai sangat mahal. USD 5,5995 bukanlah satu nilai yang rendah.

Tetapi kenapa bernilai tinggi atau harganya terlalu mahal ? Ini jawapan saya.

Begitulah dengan tesis Phd anda.

Skop kajian anda adalah kecil tetapi ia sangat bernilai dan mahal sehinggakan hasil kajian anda telah dibayar dengan panggilan Dr.

Pada orang tertentu…tesis anda tak membawa maksud apa-apa…kerana mereka bukanlah orang yang memerlukan hasil kajian anda untuk menyelesaikan masalah mereka.

Tapi jika mereka adalah sasaran yang tepat dan mengalami masalah yang sama dengan hasil kajian kita, mereka akan merasakan hasil kajian anda adalah emas.

Jadi, persoalan kedua untuk anda jawab adalah, perlukan anda berbelanja pada perkara yang sepatutnya dalam kajian anda? Jangan mengeluh, tetapi berusaha.

Jika perlu untuk anda beli perkakasan baru, maka anda perlu lakukan…Laptop bukan lagi barangan kehendak tetapi ia adalah keperluan dalam kehidupan. Anda tidak boleh nafikan.

Perlukah anda sambung Master atau Phd ? Hanya anda sendiri yang ada jawapannya.

Cari Ilmu dalam menuntut ilmu, maka anda akan mampu berkongsi ilmu melalui tesis yang anda akan hasilkan.

Jika masih terkial-kial untuk bermula dalam pengajian master atau phd, anda mulakan dengan program-program pengenalan yang lebih santai.

NSM , MMP, AWT adalah antara program yang dapat membantu anda menguasai teknik penulisan tesis dengan lebih cepat.

Tapi TINDAKAN lebih penting dalam segala hal.