Latih Diri Jadi Pelajar Master/Phd Yang Bijak

Bijak ATAU Pandai ATAU Bijak Pandai ?

Dari pembacaan anda, sebagai pelajar Master atau Phd, mungkin tiada perbezaan ketara antara perkataan BIJAK vs PANDAI.

Mungkin kerana anda seorang pelajar yang PANDAI, secara tidak langsung anda juga boleh di kategorikan sebagai seorang yang BIJAK.

PANDAI dalam menimba ilmu dan BIJAK menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kehidupan seharian.

Betul ? Atau ada Pendapat lain ?

Lihat Kes Kajian untuk menentukan “pembolehubah” mana sesuai dengan diri anda.

Senario 1:

99% akan setuju dengan pendapat yang mengatakan Laptop / Komputer adalah nyawa dalam mengharungi perjalanan sebagai seorang pelajar.

Sebut saja nama perisian, pasti dah tersedia.

Mendeley ? End Note ? Atlas Ti ? IBM SPSS ? Ms Word? Ms Excel? Powepoint ? Quilbot dan mungkin banyak lagi software yang dah terinstall sebagai persiapan.

Bila nak guna tu, belum pasti. YANG PENTING, Dah ready .

Anda rasa ia satu tindakan yang bijak ? Tindakan yang anda lakukan adalah langkah menjadi pelajar pandai, tetapi ia bukanlah langkah seorang pelajar yang bijak.

Saya pasti anda bukanlah pakar IT. Jika kesemua software dah di install, anda sedar atau tidak, performance laptop / komputer anda akan menjadi slow kerana kesemua apps akan berada dalam keadaan “running in background”

Tu belum lagi sambil menulis tesis, sambil mendengar lagu di youtube

Anda akan hanyut. Dah penat menulis, tiba-tiba jadi stuck atau dipanggil “hang”
Tak sempat sempat nak save.

Pilihan terbaik..restart secara paksa. Tekan Ctrl+Alt+Del

ATAU

Tekan power button tu lama-lama sampai restart sendiri.

Jadi, anda rasa tindakan anda tu bijak atau pandai ?

Senario 2:

Pasti raasa nak menangis apabila usaha anda menulis draft tesis dari pkl 8 pagi sampai 10 malam ( weekend – bersangka baik ), tetapi apabila berlaku seperti senario 1, kesemuanya hilang tanpa di kesan.

Tak ramai yang mengaktifkan “Autosave document “.

Lihat tutorial dibawah.

Senario 3:

Ok Dr Arman, saya dah bijak.. saya dah praktiskan method autosave.
Sekarang, kerisauan dah tak de.

TAPI, berapa ramai yang sambung menulis draft tesis dalam file yang sama ? Contohnya semalam dah menulis 10 pages…dan save. Arini buka file yang sama dan terus sambung menulis.

Jika itu yang anda lakukan, risiko masih tinggi.

Sila save as atas nama file yang baru agar mudah utk buat carian

Cth :

1. Draft_thesisPHD_tekanankerja_10_Dec.doc

2. Draft_thesisPHD_tekanankerja_11_Dec_pagi.doc
3. Draft_thesisPHD_tekanankerja_11_Dec_petang.doc
4. Draft_thesisPHD_tekanankerja_12_Dec.doc

Jangan Letak Semua Telur Dalam 1 Bakul

Senario 4:

Kejadian banjir yang berlaku seperti kelmarin dan semalam di beberapa negeri di Malaysia adalah satu sejarah negara yang akan diingati.

Tapi kejadian ini mungkin bertambah parah kesannya apabila laptop / komputer yang anda gunakan juga telah musnah.

Dr Arman dah suruh saya setting “Autosave” .. saya dah buat
Dr Arman dah suruh saya save as banyak file.. saya dah buat.

Jadi, saya tak boleh nak selamatkan lagi tesis saya .

Maksudnya, anda masih perlu lebih bijak dari senario 1, 2 dan 3.

Bagaimana nak selesaikan .

JANGAN save dalam mydocument. TAK KIRA sebesar mana kapasiti storage laptop anda, ia tidak menjamin keselamatan tesis anda.

Simpan dalam cloud drive..cth..google drive. Lihat storage kapasiti dan harga DI SINI

Dah cukup besar kapasiti 100 GB jika diperuntukkan khas untuk keperluan tesis. TAPI kalau simpan movie dan lagu sekali, memang tak cukup 100 GB tu.

Saya ada external thumbdrive, saya save dalam tu je..Jimat.

Jimat tidak semestinya tindakan yang bijak. Saya tak kata salah pun nak save dalam thumbdrive, tapi ada teknologi yang lebih mengurangkan risiko dan cara kerja akan lebih cepat. Masa Itu EMAS

“Alamak, saya terlupa bawak thumbdrive la doktor…semalam dah save dalam tu “

Apa nak buat ye? Nak kena balik rumah ambik thumbdrive tu ke ? Nak kena buat appointment baru dengan SV ?

Fikirkan setiap senario..

Sekiranya anda dah lakukan 4 step, insyaallah risiko kehilangan data tesis anda dapat dikurangkan .

Sekarang, anda lihat semula SWOT analisa anda. Mungkin ada yang perlu ditambah nilai.

Pilihan di tangan anda.. Jadi Pandai atau Bijak

Sekian.