“Wake Up Call” Untuk Tesis Anda

Salam sejahtera,

Semoga anda semua berada dalam keadaan yang baik dan sihat. Selain itu, saya juga mendoakan semoga bukan saja diri anda mesti ceria, tetapi tesis anda juga semakin “GEMOK”.

Jangan Lupa Tanggungjawab Anda.

Anda dan mula menyemai benih di dalam pollybag. Benih bukan hanya ditanam, disiram pada hari pertama dan terus ditinggalkan begitu saja.

Dengan harapan hujan akan turun dan terus memberi air minuman pada benih tadi. Dari benih akan mula mengeluarkan tunas, dan seterusnya membesar.

Jika bernasib baik, hasil tanaman tersebut akan mengeluarkan hasil . Itu pun jika tidak diserang perosak tanaman.

Cukup masa matang, hanya tuai hasilnya.

Bukan macam tu caranya dengan tesis anda.

Anda dah mempunyai polybag, sistem saliran air dan baja yang bagus, tanah atau cocopeat ( sabut kelapa ) bagi menggantikan tanah,

Tugas yang pertama inilah yang paling sukar.

Anda harus mempunyai sistem pembajaan yang sistematik. Baja AB sebagai contoh. Timer telah di set sesuai dengan kaedah penyiraman baja yang teratur.

Pam air hendaklah berfungsi mengikut kesesuaian tanaman. Jenis Pam pun memainkan peranan.

Benih umpamanya Tajuk Tesis.

Anda memilih tajuk tesis yang hendak dikaji. Semester 1, mungkin akan berlaku pertembungan idea. pertukaran takut. Begitu juga dengan benih. Tak mustahil anda akan menggantikan benih kepada jenis yang lain. Dari tanaman Lada kepada Tanaman Bendi.

Mungkin dari minggu pertama selepas semaian dilakukan, dari pemerhatian anda, tanaman pokok lada mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil tuaian yang pertama.

Benih tadi dikeluarkan dan digantikan dengan benih sayuran Bendi.

Tapi sudah tentu la anda membuat kajian terlebih dahulu akan risiko penanaman pokok Bendi. Setelah mendapat maklumat yang cukup dan risiko penanaman yang rendah, anda ubah segera anak benih pokok lada kepada Bendi.

Ini adalah senario yang sering berlaku di SEMESTER 1.

Tugas anda bukan terhenti setakat itu. Tesis anda tidak akan menjadi tebal dengan sendirinya.

Tanaman anda harus anda lihat tumbesarannya. Jika ada serangan serangga, kenalpasti jenis serangga. Semburan racun haruslah yang bersesuaian dengan persekitaran dan juga dengan tanaman itu sendiri.

Jika serangan serangga masih ada, ia memberi petanda bahawa jenis racun serangga tadi tidak sesuai,

Begitu juga dengan tesis anda. Hari-hari perlu dibelai.
Jangan cepat berpuashati.

Sekiranya Bendi telah mengeluarkan hasil. Harus la cepat-cepat dipetik untuk mengelakkan Bendi menjadi tua dan keras.

Tak sedap di makan. Bukan bermaksud yang tua tidak boleh dimakan. Tapi tidak lagi sesuai dan sedap untuk dimakan.

Begitu juga dengan tesis anda. Tak perlu tunggu “Perfect”.

Jika tesis telah lengkap dan boleh ke stage untuk ke VIVA, jangan bertanggung. Bendi dah boleh dipetik. Bila dah petik, terserah pada anda untuk memilih jenis masakan yang anda suka.

Bukan yang orang suka. Hasil tanaman anda, anda yang harus nikmati keenakannya.

Bendi boleh dibuat ramuan tambahan..Ikan Pari masak asam pedas, dicampur bendi. Memang sedap.
Nak dijadikan sayur goreng pun boleh. Atau, direbus dan dicecah dengan Budu.

Tiada salah atau betul. Bendi sesuai dengan apa juga jenis masakan . Itu dah bukan tugas anda sebagai penanam sayuran bendi.

Ketika VIVA, panel boleh tanya kenapa anda tidak hidangkan mereka bendi masak singgang.

Tapi dah terlalu jauh untuk diperbincangkan.

Tesis anda dah sampai stage mana ?

Sekian pertanyaan saya hari ini.

Dr. Arman.