Ada 2 kemungkinan yang anda akan faham dengan tajuk diatas.
Pertama : Bagaimana untuk memilih LR yang bersesuaian dengan bidang kajian yang anda hendak lakukan hanya melalui pembacaan isi kandungan abstract
Kedua : Bagaimana saya boleh menulis abstract tesis yang padu ?
Sekiranya anda mampu menguasai teknik penulisan ilmiah / akamdemik, maka anda akan mampu menulis abstract tesis mahupun artikel dengan baik. Penulisan ilmiah walaupun abstract ini bukannya seperti menulis karangan seperti di sekolah rendah atau sekolah menengah.
Menulis secara SEMBORONO
Jangan terlalu excited mendaftarkan diri untuk menjadi pascasiswazah Phd. Lebih excited bila mendapat surat tawaran. 3 hari 3 malam merenung surat tawaran diterima sebagai pelajar PhD dari universiti yang di pohon.
Jangan KAMIKAZE ye adik-adik.
Hadiri beberapa program yang asas untuk memahami terma-terma yang akan ada selalu dengar sebaik sahaja anda telah mendaftar. Semester 1 dan Semester 2 bukannya semester honeymoon.
- Anda dah tahu ke apa yang perlu ada tulis di BAB 1, BAB 2 dan BAB 3?
- Apa elemen atau komponen yang perlu ada dalam setiap BAB ?
Dari 2 persoalan diatas, ada beberapa pecahan modul yang boleh saya kongsikan secara mudah difahami.
1. Fahami apa itu Isu dan Masalah
Tak sama ke Isu dan Masalah. Kan sama jek ? Jika jawapan anda seperti ini.. anda berada di kutub utara atau dikutub selatan. Nampak keadaan yang sama, tetapi berada di posisi yang sangat berbeza. Utara dan Selatan.
2. Selesaikan masalah yang realistik
Tak perlu untuk cuba menyelesaikan masalah yang terlalu besar skopnya. Anda bukannya Superhero Marvell.
Lihat kemampuan diri anda. Cukup hanya selesaikan hanya satu masalah yang kecil sebesar zarah, tapi mampu memberi benefit pada orang lain. Sebagai contoh, bukan tugas anda untuk cuba membuat penyelidikan untuk menghasilkan vaksin COVID-19 yang lebih baik dari yang ada sekarang seperti SINOVAC, AZ ataupun Pfizer.
Jika anda dapat menghasilkan mesin membuat sambal yang mempunyai daya kecekapan untuk menghasilkan dalam kuantiti yang banya, tetapi dalam tempoh masa yang lebih cepat, tetapi lebih berkualiti dan sedap, itu pun dah cukup bagus.
3. Adakah metod penyelidikan anda telah jelas ?
Anda tidak perlu mencipta method baru bagi menghasilkan kajian yang baru. Cukup dengan mengaplikasikan penggunaan method penyelidikan yang sedia ada, tetapi mampu menghasilkan keputusan kajian yang boleh dibanggakan.
4. Kajian Berimpak dan Novelty
Paling penting untuk anda menerangkan Impak Kajian dalam abstract yang anda tulis. Hasil dapatan kajian anda itulah yang perlu anda terangkan agar pembaca dapat melihat “novelty” yang lahir dari kajian anda.