Seringkali terbaca kejayaan demi kejayaan akak dan abang anda dalam mendapatkan PhD disulami dengan Big Why di sebalik kerangka kejayaan.
Sebagai contoh, cara kehidupan masa silam menjadi booster /penguat semangat mereka untuk berjuang di medan perang Viva. Mungkin mereka dari golongan keluarga yang susah pada ketika dahulu. Iktizam untuk membalas jasa kedua orang tua dengan menghadiahkan kejayaan.
Saya sendiri sangat bersetuju.
Anda perlu meletakkan BIG WHY anda di hadapan. Persoalannya BAGAIMANA anda meletakan BIG WHY anda ?
Adakah anda menulis BIG WHY anda, print di atas kertas dan tampal di dinding yang berdekatan dengan meja komputer anda ? Anda boleh ada 100 BIG Why pada hari ini..tetapi mungkin tinggal separuh saja yang akan anda ingat selepas beberapa bulan.
Maka, BIG WHY itu lebih sesuai di panggil angan-angan.
Begitu juga dalam penyelidikan. Anda perlu menulis dan terus menulis. Jika kajian anda tidak ditulis, ia hanya tinggal angan-angan.
Belum wujud lagi Universiti didunia ini yang telah menjalankan sesi VIVA hanya menilai melalui kajian yang tersimpan dalam kepala anda.
Kajian yang hanya dibentangkan pertama kali sewaktu sesi VIVA.
Kenapa BIG WHY perlu di tulis dan dicetak ?
Agar anda dapat melihat, membaca dan menilai progress kajian anda. Adakah anda semakin dekat dengan garisan penamat BIG WHY anda atau pun anda telah jauh terpesong dari sasaran awal