Makin Menulis Makin Tak Yakin

Salam dan selamat sejahtera.

Saya terpanggil nak menulis dan berkongsi penyakit atau sindrom yang biasanya dihadapi oleh semua pelajar sama ada yang menjalani pengajian Master atau PhD.

Tak kira sama ada pengajian secara Part Time atau Full Time.

Sindrom Menulis Tapi Tak Yakin ini adalah satu sindrom yang sangat merbahaya. Boleh menyebabkan diserang penyakit yang boleh mengganggu kehidupan seharian.

Penyakit Kemurungan

Jika anda dan berada di Semester 4 atau 5, tetapi masih lagi belum melepasi fasa Proposal Defense. Jelas sekali menunjukkan bahaya anda GAGAL menguasai penulisan akademik dengan baik.

Apa yang saya nak sampaikan, untuk menjadi seorang pelatih penyelidik, anda perlu sangat untuk berehat sebentar untuk menulis dan “RECHARGE” semula pengetahuan anda dalam menguasai proses penyelidikan.

Jika anda dah pernah hadiri beberapa kursus secara online terutama di waktu PKP ( Banyak kursus secara online / zoom telah ditawarkan ), peruntukan 2 jam masa anda untu melihat rakaman video.

Semakin banyak anda menonton video penyelidikan berulangkali..anda akan lebih memahami proses yang sedang anda lalui.

Anda akan cepat mengenalpasti kelemahan dan apa yang perlu anda lakukan segera.

Jangan lakukan kesilapan mengejar cita-cita untuk menghasilkan draft tesis yang tebal beratus-ratus ,malah beribu-ribu muka surat, tetapi isi kandungannya tiada makna.

Bagaimana nak mengelakkan sindrom lebih parah ?

Anda harus bagaimana untuk bermula.

1. Bermula dengan menyediakan Format tesis terlebih dahulu mengikut format Universiti masing-masing. Elakkan menulis terlebih dahulu. dan rancang untuk “setting” format tesis pada fasa akhir. Anda perangkap diri anda sendiri.

Pernah tekan Enter Banyak Kali untuk pindahkan perkataan “Chapter” ke mukasurat baru ? Biasa buatkan ?

Nampak Mudah Tapi Menyusahkan

2. Jika kita tidak mahir, tapi harus sedikit bijak. Bijak kuasai masa. Ini adalah contoh plan perjalanan pengajian PhD yang telah disediakan oleh salah seorang peserta yang telah menghadiri kursus yang pernah saya sediakan sebelum ini. Walaupun belum mendaftar, beliau menyediakan “Landasan” terlebih dahulu.

Tidak mengapa jika anda tidak menyediakan gant chart. Bukan satu kewajipan sebagai pra-syarat untuk lulus VIVA. Tapi ia akan membantu anda untuk tidak tergelincir jauh.

Ambik contoh yang mudah. Pernah tak anda berlari dan kemudian jatuh tersungkur. Bukan saja jatuh, tapi ada luka di lutut.

 

BIla dah luka…ia akan melambatkan proses. Tapi bukan bermaksud kita harus berhenti. Ada perkara lain yang kita boleh lakukan sambil menunggu penyembuhan. Lakukan kerja secara parallel.

 

Berbalik pada Sindrom Menulis Tapi Tak Yakin, akan berlaku apabila banyak pertanyaan demi pertanyaan dari SV yang kita tak mampu nak jawab.

Adakala kita sendiri terpikir adakah apa yang aku telah buat ni betul ? Atau ada perkara lain yang Aku tak tahu ?

Saya sarankan anda menulis Chapter 2 dahulu. Tinggalkan Chapter 1 dulu. TAPI KENAPA ?

Saya perlu menulis lebih panjang. Dan saya risaukan anda makin keliru.

Biasanya saya terangkan perkara ni dalam Modul NSM , MMP dan AWT

NSM = Nak Sambung Master PHD
MMP = Mudahnya Master PHD
AWT = Advanced Writting Techniques.

Jadi, untuk elakkan Sindrom lebih parah dan membuat anda rasa TAK BOLEH nak teruskan dan kemurungan, cepat-cepatlah anda cari penawar.

Sekian.